Kepentingan Niat dalam Kehidupan

عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب قال: سمعت رسول الله (صلى الله عليه وسلم) يقول: "إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما هاجـر إليه

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."

Diceritakan Rasulullah s.a.w kepada kita alkisah mengenai seorang Muhajir yang turut serta bersama2 para Sahabat berhijrah dari kota Mekah menuju kota Yatsrib (madinah). Namun dia (muhajir) itu berhijrah bukan bertujuan untuk memperolehi kelebihan dan ganjaran Hijrah. Tetapi dia berhijrah demi mengahwini seorang wanita bernama Ummu Qais. Lalu beliau digelar 'Muhajir Ummu Qais'.

Saya teringat kata2 seorang Ikhwah ni:

"Orang yang paling banyak kena Istighfar ialah Daie (seorang pendakwah) kerana risau yang menimbunkan dosa kita hanyalah amal yang tidak Ikhlas."

sangat setuju dengan kata2 beliau, Tapi kat sini saya nak tambah sikit..

Niat adalah suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan sehari-hari kita, Amalan tidak akan sah tanpa niat. Niat tanpa amalan tetap diberi pahala. Sementara amalan tanpa niat umpama pasir yang beterbangan..

Seseorang tidak akan diberi pahala jika tujuan menunaikan Haji untuk berniaga dan melawat. Sekiranya dia menunaikan Haji manakala perniagaannya pula dijadikan sebagai sampingan, InsyaAllah dia diberi pahala. 

Mudah kata, sekiranya Niat dia Lebih menjurus kepada Keduniaan berbanding keuntungan di Akhirat amalnya akan menjadi kosong. Jadi apabila melakukan sesuatu amalan, jangan hanya niatkan untuk peroleh keuntungan dunia, bahkan selitkan dan lebihkan juga Niat untuk bekalan di Akhirat..

Tapi Ramai dikalangan kita apabila ingin melakukan sesuatu perbuatan yang telah diketahui adalah hanya keinginan Nafsu semata-mata namun untuk mengcover semula perbuatan tersebut dia tambahkan Niatnya dengan perkara yang baik. Contohnya:.

-Berchating dengan perempuan ajnabi (selain istri atau perempuan mahram) tanpa mempunyai sebarang urusan penting maka diniatkannya untuk membina Ukhuwah atau ingin membimbing dia menjadi seorang yg solehah. atau sebaliknya..

-Pergi ke pusat-pusat Hiburan yang dimurkai Allah atau tempat-tempat yang menimbulkan syubhah seperti wayang dll bersama Rakan-rakan sekolah atau sepejabat maka diniatkannya untuk merapatkan lagi Ukhuwah..

Niat seperti Ini adalah KOSONG, dan mungkin hanya menambahkan lagi Dosanya.

sedikit pandangan, inilah realiti msyrkt sekarang.. 
sdh tentu peringatan ini adalah utk diri ini yg mudah lupa, juga untuk Kalian SAHABATku Dunia Akhirat :)

Post a Comment