Ahli Ibadah vs Ahli Maksiat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w bersabda: "Pada zaman Bani Israil dahulu, hidup dua orang lelaki yang mempunyai sikap yang berbeza. Lelaki yang pertama suka berbuat dosa sementara yang kedua rajin beribadah. Setiap kali orang yang ahli ibadah ini melihat temannya berbuat dosa, ia menyarankan untuk rakannya berhenti daripada perbuatan dosanya.


Dosamu Tidak Diampuni.
Suatu kali orang yang ahli ibadah berkata lagi: "Berhentilah daripada berbuat dosa." Dia menjawab: "Jangan pedulikan aku, terserah pada Allah akan menilai perbuatan ku. Adakah kau diutus Allah untuk mengawasi apa yang aku lakukan ?." Ahli ibadah itu membalas: "Demi Allah, dosamu tidak akan diampuni oleh-Nya atau kamu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah."


Kamu Lebih Tahu ?.
Kemudian setelah kedua-dua orang itu mati, Allah s.w.t telah menghakimi kedua-dua mereka dihadapan-Nya. Allah s.w.t menyoal lelaki ahli ibadah tersebut: "Adakah kamu lebih mengetahui daripada-Ku ? Atau Adakah kamu dapat mengetahui apa yang telah berada dalam kekuasaan-Ku ?." Kemudian kepada ahli maksiat Allah s.w.t berfirman: "Masuklah kamu ke dalam syurga berkat rahmat-Ku." Sementara kepada ahli ibadah dikatakan: "Masukkan orang ini kedalam neraka."

PENGAJARAN
1- Sentiasalah menyeru kepada kebaikan dan Mencegah kemungkaran.
2- Setiap individu hendaklah berusaha meninggalkan perkara maksiat dan kemungkaran.
3- Jangan berputus asa daripada memohon keampunan Allah Yang Maha Penyayang.
4- Jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama Allah tanpa ilmu.
5- Seseorang itu tidak berhak menentukan kedudukan seseorang manusia sama ada masuk syurga atau neraka, kerana Allah s.w.t yang menetapkan.

No comments:

Post a Comment