Nabi Muhammad Menewaskan Ahli Gusti.

Gambar Hiasan semata-mata.
Daripada Abu Daud dan at-Tirmizi, daripada Abi Ja'far bin Muhammad bin Rukanah daripada bapanya mengatakan bahawa Rukanah pernah mencabar Nabi s.a.w untuk beradu kekuatan. Lalu apabila mereka berlawan, Nabi s.a.w telah mengalahkannya.

Nabi Menundukkannya 3Kali !.

Dalam riwayat oleh Abu Bakr al-Syafi'e dengan sanad yang baik daripada Ibn Abbas r.a, bahawa Yazid bin Rukanah, seorang pendekar yang terkenal dengan kekuatannya, telah mencabar Nabi s.a.w untuk bergusti. Beliau mengenakan bayaran 100 ekor kambing kepada sesiapa yang kalah. Lalu Nabi s.a.w telah menundukkannya sebanyak 3kali dalam 3 pusingan.

Tiada Siapa.
Akhirnya dia berkata: "Wahai Muhammad! Tiada siapa pun pernah dapat membaringkan aku (jatuh terlentang) dalam pertarungan selainmu! Sebelum ini engkaulah yang paling aku benci. Tapi sekarang aku naik saksi tiada Tuhan yang lebih benar yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w itu Rasul-Nya." Nabi s.a.w kemudiannya telah mengembalikan semula kambing-kambing yang diserahkan sebagai pertaruhannya itu.

PENGAJARAN 
1- Nabi Muhammad s.a.w. merupakan seorang manusia yang gagah perkasa.
2- Islam mengharuskan pertandingan menguji kekuatan terutamanya jika tujuan untuk berda'wah.
3- Petandingan yang diharamkan dalam islam apabila ianya berkaitan dengan menguji nasib yang boleh mengakibatkan pergaduhan sesama manusia.

No comments:

Post a Comment