Masuk syurga dengan memaafkan orang lain

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w bersabda bahawa sesungguhnya ada seorang lelaki yang tidak pernah sekalipun berbuat baik, cuma dia biasa memberi hutang kepada orang lain. Suatu hari dia berkata kepada hambanya: "Ambillah berapa pun yang disimpan, jangan menyusahkan orang dan seringlah memberi maaf. Mudah-mudahan Allah berkenan mengampuni kita." 

Berapa Sahaja.

Setelah lelaki itu meninggal dunia Allah s.w.t bertanya: "Adakah kamu pernah membuat baik ?." Dia dengan jujur menjawab: "Tidak, cuma aku mempunyai seorang pembantu dan aku biasa memberikan hutang kepada orang lain, ketika aku meminta pembantuku untuk mengutip hutang, selalu sahaja aku berpesan kepadanya: "Ambillah berapapun yang dia berikan, jangan menyusahkan orang dan selalulah memaafkan orang lain, mudah-mudahan Allah mengampuni kita." Kemudian Allah berfirman: "Cukup, Aku telah mengampunimu."

PENGAJARAN
1- Kita digalakkan berlapang dada dan memberi maaf kepada orang lain, dan berkelakuan baik semasa berurusan dengan orang lain.

No comments:

Post a Comment