Antara Ahli Sihir, Rahib, Raja Zalim dan Para Penghuni Ukhdud. epsd 1

Suhaib al-Rumi r.a. Rasulullah s.a.w bersabda bahawa ada seorang raja pada zaman sebelum mereka. Raja itu mempunyai seorang tukang sihir. Ketika tukang sihir itu telah tua, dia berkata kepada raja: "Sesungguhnya aku telah tua dan ajalku sudahpun hampir. Oleh itu carikanlah untukku seorang pemuda supaya boleh kuajarkan sihir kepadanya."


Pemuda Pilihan.

Maka seorang pemuda akhirnya dipilih untuk belajar sihir dengan orang tersebut. Ketika dalam perjalanan menuju ke rumah tukang sihir dari istana raja, dia melalui rumah seorang rahib (pendeta). Pemuda tersebut datang kepada rahib (ustaz) dan mendengarkan ucapannya. Pemuda itu begitu kagum dengan kata-kata rahib tersebut. Setiap kali apabila dia pergi ke rumah tukang sihir, terlebih dahulu dia singgah di rumah rahib untuk berbincang-bincang.




Helah.
Suatu hari, akibat lambat sampai di rumah tukang sihir, beliau telah dipukul. Kemudian dia mengadu kepada rahib. Sang rahib berkata: "Jika engkau ditanya sebab kelewatanmu dan takut dipukul tukang sihir, katakan sahaja padanya: "Aku terlambat kerana urusan keluargaku." Dan jika kamu khuatir dengan keselamatanmu daripada dihukum keluargamu, maka katakanlah: "Aku terlambat kerana belajar dengan tukang sihir."

Jika Si Rahib Itu Benar.
Suatu ketika, dia telah menyaksikan seekor binatang besar yang menakutkan menghalang jalan, sehingga tidak dapat melalui jalan tersebut. Maka pemuda itu berkata: "Sekarang aku akan mengetahui siapakah yang lebih benar dan dicintai Allah, rahib itu atau ahli sihir ." setelah itu dia mengambil batu seraya berkata: "Ya Allah, jika si rahib itu benar dan engkau redai berbanding tukang sihir, maka matikanlah binatang ini, sehingga manusia dapat melepasi halangannya." Dia lantas melemparkan batu itu kepada binatang tersebut lalu mati dengan izin Allah.

Maka dia memberitahu hal itu kepada rahib. Lalu rahib berkata: "Wahai anakku, kini darjatmu telah menjadi lebih tinggi di sisi Allah daripada diriku. Satu hari nanti engkau akan diuji. Pada saat itu janganlah engkau ceritakan tentang diriku dan keadaanku."

Allah Akan Menyembuhkanmu.
Mulai saat itu, pemuda itu diberikan kemampuan menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua-dua tangannya. Pada masa yang sama, terdapat seorang pegawai raja yang buta. Apabila mendengar tentang pemuda yang mampu mengubati pelbagai penyakit, dia datang membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata: "Sembuhkan aku dan kau boleh memiliki ini semua." Pemuda itu menjawab: "Aku tidak boleh menyembuhkan orang. Yang boleh menyembuhkan ialah Allah s.w.t Jika kau beriman kepada Allah, aku akan berdoa kepada-Nya, Insya-Allah Dia akan menyembuhkanmu." Lalu dia beriman kepada Allah dan Allah telah menyembuhkannya. Sambungannya Klikk di Sini >.<

PENGAJARAN
1- Orang yang berkuasa cenderung menggunakan sihir dan dukun untuk kepentingan peribadinya.
2- Sihir merupakan suatu perkara yang berlawanan dengan akal.
3- Berbohong dibolehkan dalam urusan menyelamatkan jiwa.
4- Kita digalakkan agar teguh dalam keyakinan dan kebenaran.
5- Doa seorang Mukmin yang soleh akan dimakbulkan oleh Allah.

No comments:

Post a Comment