Kekalahan Zionis LaknatulLah.. Gaza diserang lagi !.. part 4

Allahu Akbar !, Allahu Akbar !, Allahu Akbar !..
wa lilLah alHamd !..


11pm 21November2012-
Israel telah Meminta Hamas untuk perjanjian genjatan senjata
Setelah 8 Hari bumi Gaza bermandikan darah para syuhada' juga luka-luka para pejuang Palestin, Dunia pula kelihatan Marah seperti Kebangkitan rakyat sedunia tanpa mengira kaum dan agama bangun mencela tindakan kejam tentera Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan keatas penduduk Gaza. Dunia juga kelihatan sayu melihat mengalirnya darah anak-anak kecil yang tidak berdosa menyimbahi bumi tanpa kerelaan hati mereka. akhirnya tibalah Masanya bumi ini meraikan Kemenangan yang telah Allah janjikan dalam Firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ 
" Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukanmu"- Muhammad: 7

Kini masih tinggal sedikit sahaja lagi usaha mereka (para pejuang Gaza) untuk membebaskan bumi Palestin ini secara keseluruhan dengan sebebas-bebasnya dari jajahan Israel (laknatullahi 'alaih) dengan sehina-hinanya setelah termeterainya Perjanjian Genjatan Senjata pada jam 11 malam waktu Malaysia..

Antara kandungan yang terdapat dalam surat perjanjian Genjatan Senjata antara rakyat Gaza dan Israel: 
1. Israel perlu menghentikan segala bentuk serangan ke atas Gaza samada dari darat, laut dan udara . Ini termasuk pencerobohan sempadan dan mensasarkan serangan ke atas individu tertentu.
2. Pihak Hamas perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.
3. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza.

Menteri Hamas , Khaled Mesyaal mengulas mengenai genjatan senjata ini dengan berkata, Israel telah gagal dalam mencapai segala tujuan dan sasaran mereka dan mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan genjaran senjata ini.

Jadi apa yang perlu kita usahakan selepas ini ?.
  • pastilah teruskan berdoa untuk pembebasan Negara Palestin juga Masjid al-Aqsa..
  • Teruskan menderma untuk baik pulih semula lebih 20 buah Masjid dan puluhan bangunan yang telah musnah dan rosak akibat serangan tentera Zionis Laknatullahi alaihim. Juga untuk bekalan ubat-ubatan yang hampir kehabisan akibat lebih 1100 rakyat Gaza yang cedera semenjak hari pertama serangan  tentera Israel terhadap Gaza dan pelbagai lagi bahan yang diperlukan rakyat Gaza untuk menjalani kehidupan seperti kita..
  • Teruskan Menyumbang daripada kelebihan melalui potensi diri individu. membuat video, mereka baju, melukis poster, menulis cerpen - sajak - pantun - blog dll,
  • Dan akhir sekali, Mengikut apa yang anda fikirkan sesuai untuk berbakti kepada Palestin ^_^..
Untuk kita para Pejuang di Malaysia, Ayuh Istiqamah !. Ketahuilah Musuh-musuh Islam tidak akan berhenti menyerang kita samaada dari Luar atau Dalam, Fizikal atau Mental ! !.

فَاسۡتَقِمۡ كَمَاۤ اُمِرۡتَ‏
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (Istiqamah) di atas jalan yang betul. -Hud: 112

Jangan pula kita tergolong dari golongan seperti ini..


وَإِذ زَيَّنَ لَهُمُ الشَّيطٰنُ أَعمٰلَهُم وَقالَ لا غالِبَ لَكُمُ اليَومَ مِنَ النّاسِ وَإِنّى جارٌ لَكُم ۖ فَلَمّا تَراءَتِ الفِئَتانِ نَكَصَ عَلىٰ عَقِبَيهِ وَقالَ إِنّى بَريءٌ مِنكُم إِنّى أَرىٰ ما لا تَرَونَ إِنّى أَخافُ اللَّهَ ۚ وَاللَّهُ شَديدُ العِقابِ
Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya. -al-anfal: 48

-iaitu mereka yang berbuat baik hanya untuk meraih pujian masyarakat
-atau takut dipandang hina oleh masyarakat kerana menjadi ganjil tidak melakukan amal Ibadah.
-atau melakukan secara terpaksa tanpa rela hati...

Kemenangan Rakyat Gaza (11:00am 21November2012) !. Gaza diserang lagi !.. part 4
Rabu-Khamis (21-22 November 2012)
  1. Israel telah menahan 33 orang warganegara Palestin yang tinggal di Hebron, Tulkarm dan Jenin.
  2. telah musnah sebuah masjid dan menjejaskan 34 buah masjid di Gaza 
  3. serangan udara telah mengakibatkan bangunan pusat pentadbiran Abu Khadra musnah. 
  4. ACCOUNT facebook, twitter, LinkedIn, youtube dan email timbalan Perdana Menteri Israel Silvan Shalom telah digodam dan telah dipenuhi dengan status oleh pro-palestin. Malah para penggodam juga akan menyebarkan dokumen rahsia.
  5. Seorang askar israel dilaporkan terbunuh selepas ditikam oleh seorang penduduk palestin di yafa st. 
  6. Tel Aviv berada dalam keadaan kekabutan disebabkan insiden letupan bas. Sekatan jalan raya untuk mencari pengebom di banyak jalan di sekitar Tel Aviv 
  7. Media israel melaporkan 21 orang telah cedera dalam insiden letupan bas. Letupan itu berlaku berdekatan dengan bangunan kementerian pertahanan yang juga berhampiran dengan azreali, iaitu bangunan terbesar di bandar itu. 
  8. Alqassam melalui account twitternya melaporkan 3 orang terbunuh, 17 orang cedera dan 10 daripadanya cedera parah. selebihnya cedera ringan.- Serangan bas di Tel Aviv.
  9. Israel mengesahkan bahawa seramai 3 orang telah mati,20 orang cedera termasuk 10 orang parah dalam serangan letupan bom keatas bas di Tel Aviv tadi
  10. Media Israel : Kementerian kewangan Israel mengatakan bahawa Israel telah mengalami kerugian sebanyak 5 bilion Shekel akibat peperangan yang berlaku.
  11. Rumah Putih mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan bas di Tel Aviv, mengesahkan komitmen mereka yang kuat terhadap pertahanan Israel. 
  12. Pertempuran ganas antara belia Palestin dan tentera Israel di perkarangan masuk Kampung Beit Ummar selepas perarakan yang diketuai oleh HAMAS. 
  13. Briged al-qassam telah berjaya mengebom bahagian timur Bureij (di wilayah negara haram israel) dengan 6 peluru berpandu 107
  14. bot-bot kepunyaan negara haram israel masih meneruskan serangan peluru berpandu ke arah pantai Laut Gaza.
  15. Tiga orang Israel cedera dalam serangan balas pertahanan menggunakan roket ke arah bandar Eshkol.
  16. Penyokong pergerakan rakyat Palestina dan Hamas mengibarkan bendera Palestin dan bendera Revolusi Syria dalam satu demonstarsi di Tebing Barat,Hebron.
  17. Kerajaan Palestin mengarahkan orang ramai supaya menjauhi tempat pelancongan.
  18. Ben Eliezer: pembunuhan Ahmad Al- Ja'abari satu kesilapan.
  19. Wakil kementerian Luar Mesir:Kami telah mencapai persetujuan untuk gencatan senjata antara Israel dan Semenanjung Gaza berkuat kuasa hari ini jam 9.00 p.m (Waktu Kaherah).
  20. Satu pengumuman rasmi telah di umumkan bahawa genjatan senjata antara Gaza dan Israel bermula pada jam 9 pm (waktu Mesir) oleh Kementerian Luar Mesir .
  21. Rakyat Israel berasa sangat gembira setelah pengumuman gencatan senjata sebentar tadi, mereka tidak perlu takut lagi dengan roket yang di lancarkan oleh Pejuang Gaza. Sumber: GN
  22. Sebentar lagi akan diadakan sidang media bersama pimpinan Hamas,Khaled Misyal dan Ramadhan Syallah berkenaan perjanjian gencatan senjata pada jam 8.30 pm (waktu mesir).
  23. Masjid-masjid di Gaza bergema dengan sahutan kegembiraan meraikan kemenangan menentang roket-roket penjenayah Zionis.
  24. Mesir merupakan faktor utama dalam kejayaaan mencapai gencatan senjata di Gaza selain memahami isi hati rakyat Palestin.
  25. Antara kata-kata pimpinan Hamas:
    1-kemenangan ini adalah hasil pertolongan dari saudara kita seluruh dunia.
    2-Terutama wakil dari Turki,Raja Qatar dan Mesir terutamanya,terima kasih kerana keperihatinan kalian dalam menyelesaikan masaalah ini.Kami sangat menghargai usaha kalian.
    3-Sesungguhnya,ini bukanlah penamat bagi usaha kami, bahkan ianya hanya satu perhentian dari banyak perhentian yang la
    in.
    4-Akan kami teruskan perjuangan kami,iaitu membebaskan Palestin sepenuhnya dari genggaman Israel.
    5-Kami tidak akan sama sekali mengktiraf keberadaan Israel di atas tanah kami. Sumber: Al-Jazeerah (live)
  26. Sekolah akan bermula pada hari Sabtu 24-11-2012, kata Kementerian Pendidikan di Gaza.
  27. Binyamin Netanyahu berkata : Genjatan senjata adalah keputusan yang tepat untuk memperbaiki negara Israel.
  28. Di Bahagian Utara Gaza kedengaran bunyi letupan bunga api dan tembakan bagi meraikan hari bersejarah ini.
  29. Seorang rakyat Palestin menterjemah 'Gaza menang' ke dalam banyak bahasa bagi ingin memberitahu pada dunia kemenangan mereka di tanah air pada hari ini terhadap Israel...
  30. Beberapa penduduk di Sderot, Israel membuat demonstrasi bantahan terhadap genjatan senjata di Gaza.
  31. penduduk Gaza masih lagi memenuhi jalan-jalan di sekitar Gaza bagi meraikan kemenangan mereka menentang Israel.
  32. Media Israel telah memberikan pernyataan bahawa :" keputusan gencatan senjata sebagai kekalahan bagi Israel dan kemenangan kepada pihak Hamas " Sumber :PNN Network
  33. Syeikh Mahmoud al-Zahar, (salah seorang pengasas dan pemimpin tertinggi Hamas) berkata: "Setiap darah yang tumpah di bumi Gaza ini adalah permulaan ke arah pembebasan Palestin dan Al-Aqsa."
  34. Dilaporkan di Tebing Barat, Pihak keselamatan Israel sedang melakukan operasi menangkap beberapa penduduk Palestin di sana.
  35. Ketua Biro Politik Hamas; Khaled Mashaal:  "Pejuang Palestin hari ini mencapai kemenangan, di atas ketundukan musuhnya kepada tuntutan mereka, namun jika mereka(Israel) kembali melakukan kerosakan, maka kami akan kembalikan mereka ke Jahann
    am(neraka).."
  36. Walaupun gencatan senjata telah ditandatangani oleh Israel di Gaza. Di Tebing Barat, siri penangkapan beberapa penduduk awam sedang berlaku dan masih berlaku hingga ke saat ini.
  37. Kata surat khabar Israel Haaretz mengenai gencatan : 1. Gencatan ini adalah untuk menguatkan hubungan persahabatan antara Washington-Kaherah. 2. Gencatan senjata ini telah membantu mengeluarkan Israel daripada perangkap strategik reka bent
    uk mereka sendiri. 3. Penyusunan terancang ini telah meningkatkan kedudukan Obama dalam kedua-dua buah negara; yakni Israel dan Amerika.
  38. Dalam tempoh 3 jam, setelah tersebarnya berita dalam akhbar Yahudi bertarikh 21/11/2012 mengenai gencatan senjata yang akan dipersetujui, lebih daripada 1000 rakyat Israel mempercayai bahawa perang Hijaratul Sijjil akan berakhir. "We have failed, and we be defeated, Hamas has won"
  39. Pihak Israel dikhabarkan telah menahan 55 orang suspek di Judea dan Samaria sebagai sebahagian daripada "operasi melawan pengganas"

    Sejak serangan tentera Israel terhadap Gaza Bermula lapan hari yang lalu, tentera membunuh lebih daripada 162 rakyat Palestin, dan mencederakan lebih daripada 1100 orang.

Sejumlah letupan menggegarkan bandar Gaza,menjelang hari ke-8 kempen 'Operation Pillar of Defense' oleh tentera penceroboh Israel ke atas wilayah Gaza yang berdaulat. 
 letupan Bas di Tel Aviv.
Pertempuran ganas antara belia Palestin dan tentera Israel di perkarangan masuk Kampung Beit Ummar selepas perarakan yang diketuai oleh HAMAS.
Telatah anak-anak ini menyedarkan kita bahawa kebahagiaan itu boleh di kecapi di mana-mana !
Letupan Bas di Tel Aviv, Bandar Israel.
walaupun kecederaan dan kesakitan dan darah ... Kanak-kanak yang cedera dari Gaza menunjukkan 'tanda kemenangan'.


telah musnah sebuah masjid dan menjejaskan 34 buah masjid di Gaza 
Hari ini sebahagian rakyat Israel keluar membuat bantahan terhadap serangan ke atas Gaza.
Keadaan jambatan 'Wadi Gaza' di barat highway yang menghubungkan antara selatan dan utara jalur Gaza selepas di serang oleh Israel semalam.
Oh kanak-kanak Gaza !
IDF telah menahan Faisal Sab'neh,45, dan Awni Kameel,30, di Qabatiyah Jenin, Tebing Barat.
Reaksi muka yang telah ditunjukkan oleh pemimpin Israel ketika pengumuman bagi menjelaskan keputusan untuk Genjatan Senjata
Sungguh ceria anak kecil ini bermain..
Penyokong pergerakan rakyat Palestina dan Hamas mengibarkan bendera Palestin dan bendera Revolusi Syria dalam satu demonstarsi di Tebing Barat,Hebron
keraian kemenangan
Pembunuhan tidak menghalang mereka untuk senyum.
Kementerian Kewangan Palestin telah mengumumkan pada hari ini bahawa ia akan membayar baki gaji bulan Oktober lepas untuk penjawat awam melalui ATM pada hari Khamis ini, dan melalui bank pada hari Ahad nanti.
Wajah-wajah petugas kesihatan meraikan kemengan menentang dan melawan serangan penjajah Israel.
IDF telah melakukan tangkapan terhadap Mohammad Badar yang mana merupakan individu yang telah dibebaskan melalui proses pertukaran banduan yang dibuat pada tahun lepas.Turut dilaporkan juga bahawa seorang lagi yang bernama Aldeek Rami, selepas rumah meraka telah diserbu di wilayah Abu Dees di Jerusalem.
Bantuan dari Libya, muatan penuh dengan makanan, susu untuk kanak-kanak, lampin, khemah, selimut dan ubat-ubatan.


Kekecohan rakyat Israel melihat bus mereka diletupkan.
Video !..
Sumber

Post a Comment