Israel Menyerah Kalah ?.. Gaza diserang lagi !.. part 3

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke 120:

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar".

"SAVE MY FRIENDS IN GAZA!"
Pasti ada dikalangan kita yang pernah terfikir atau mungkin juga ramai yang diluar sana pernah tertanya-tanya Bilakah Palestin akan aman? Bilakah saudaraku disana akan dpt hidup aman bahagia sentosa sejahtera harmoni seperti aku disini ?. Bilakah Israel akan berhenti menghancurkan kota suci kami seluruh umah Islam, Palestin ?. Atau mungkin drpd segala jenis pertanyaan-pertanyaan seperti itu, kita dapat simpulkan dengan satu soalan yang melingkupi semuanya iaitu Bilakah Islam akan Memerintah di bumi Palestin secara menyeluruh ?. dengan itu akan wujud sebuah Negara yang aman bahagia sentosa sejahtera harmoni di sana...

قَاتِلُواْ الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلاَ بِالْيَوْمِ الآخِرِ وَلاَ يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللّهُ وَرَسُولُهُ وَلاَ يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حَتَّى يُعْطُواْ الْجِزْيَةَ عَن يَدٍ وَهُمْ صَاغِرُونَ


Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar "Jizyah" dengan keadaan taat dan merendah diri.


Masih ingatkah anda mengenai peristiwa serangan ke atas Gaza pada tahun 2008 oleh Israel?
Serangan yang berlanjutan selama 3 minggu dan telah mengorbankan lebih 1000 orang. Namun penduduk gaza dan para pejuang mereka tetap teguh dan tidak undur dari mempertahankan bumi Palestin ini. Semangat mereka tidak pernah luntur dan tidak pernah berputus harap pada Allah swt.

Walaubagaimanapun perkembangan terkini di Timur Tengah dan di dunia antarabangsa memperlihatkan kepada dunia luar tentang senario yang sangat membimbangkan rejim Zionis. Regim yang ego dan bongkak ini turut merasakan bahawa keutuhan kekuasaan yang dimiliki secara haram ini semakin goyah dan mungkin telah pun sampai ke fasa penghujungnya.

Di antara faktor-faktor yang begitu dominan sekali adalah :
  1. Dunia kini terus menyaksikan bahawa penentangan dan kebangkitan di kalangan rakyat Palestin dalam mendepani rejim Israel semakin utuh. Bahkan generasi pemuda di Bumi Anbiya ini bersedia melancarkan Intifadhah ke 3 dengan pertembungan yang lebih dahsyat. 
  2. Kebangkitan dan sokongan kepada Hamas secara massa serta kecenderungan kepada kelompok Islam yang bertegas untuk tidak mengiktiraf negara Israel 
  3. Kerajaan Israel semakin panik dengan perkembangan terkini di Timur Tengah terutamanya dengan pemerintahan Morsi yang telah banyak menyumbang terhadap survival penduduk Palestin. 
  4. Secara umumnya umat Islam dan dunia antarabangsa semakin celik terhadap bahayanya agenda Zionis dan mula memberikan pelbagai sokongan kepada Palestin. 
  5. Dengan berlakunya Intifadhah Palestin sejak 1987, pendatang haram Israel mula merasai ’hilangnya rasa selamat’ untuk tinggal di Palestin.
  6. Kegagalan Zionis untuk melemahkan semangat juang rakyat Palestin walaupun mereka telah mencuba dengan perbagai cara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan termasuklah dalam peristiwa yang 14November hingga ke Hari ini. 
  7. Negara regim Zionis ini juga tidak akan aman dengan permasalahan dalamannya yang semakin memuncak. Apatah lagi dengan suasana sekelilingnya yang sentiasa hangat dengan pertembungan di antara kelompok yang hak dengan kelompok yang batil. Keganasan dan kekejaman rejim yang luar biasa ini menunjukkan tanda jelas isyarat panik lagi terdesak mereka.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menegakkan kebenaran dan berjuang menentang musuh mereka.Barang siapa cuba menghampakan mereka tidak sekali-kali akan dapat melukakan mereka mahupun oleh kesusahan yang menimpa mereka sehingga datang keputusan dan mereka akan tetap sedemikian”.Maka para sahabat bertanya,”Wahai Rasulullah dimanakah mereka ini?”Sabda Baginda, “Mereka ini berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis”. (Imam Ahmad)


Realiti Gaza.. Part III 
Isnin-Selasa (19 - 20 November 2012)
  1. Sebanyak 44000000 serangan cyber telah dilakukan ke atas laman web yang ada kaitan dengan kerajaan Israel sejak bermulanya perang Gaza 
  2. pihak israel telah mengesahkan bahawa mereka telah menyerang gaza sebanyak 1350 kali dalam tempoh 6 hari. sedangkan Gaza hanyalah 365km persegi dan mempunyai populasi hanya 1.7 million orang. 
  3. Berita Hebrew: "Pengganas Fatah dan Hamas bersatu menyerang negara kami.." 
  4. seramai 11 orang keluarga mereka syahid di tempat kejadian setelah rumah mereka dibom tepat oleh pesawat perang Israel. 
  5. Seorang rakyat Mesir Saifuddin Sulaiman Sodiq 30 tahun yang masuk ke Gaza bagi menolong rakyat Gaza disahkan syahid akibat serangan Israel. 
  6. Tentera bersenjata di sebelah Mesir membuat beberapa seranagn ke sebelah sempadan Israel. 
  7. rombongan parti-parti politik dari Mesir diketuai oleh Dr Saad El-Katatney (Presiden Freedom & Justice Party, Egypt) ke Gaza, beberapa jam yang lalu. Rombongan ini memasuki Gaza sebagai usaha solidariti kepada rakyat Gaza yang diserang dan pembunuhan pimpinan HAMAS As-Syahid Ahmad Al-Ja'bary. Mesir terus berusaha memainkan peranan yang besar dalam menunjukkan solidariti mereka kepada rakyat Gaza yang diserang melalui usaha-usaha penghantaran bantuan dan usaha-usaha politik. 
  8. Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama telah dilaporkan memberi kebenaran kepada Presiden Mesir; Mohamed Morsi dalam masa 24 jam untuk menjadi orang tengah bagi proses gencatan senjata antara Israel dan Hamas. 
  9. Palestin dan Israel bersetuju dengan gencatan senjata tetapi tidak bersetuju mengenai pelaksanaannya, menurut sumber dari Al Arabiya . 
  10. Pendatang Yahudi sekali lagi cuba membakar Masjid Ar-Ribat yang terletak di utara Nablus, percubaan kali ke-2 dalam masa 24 jam. 
  11. Pihak Fatah Palestin, yang menjaga kawasan Tebing Barat, telah merapatkan hubungan semula dengan Hamas selepas apa yang berlaku di Gaza sekarang. Pemimpin tertinggi Hamas dan Fatah telah berkumpul di satu perhimpunan di Ramallah,iaitu pusat pentadbiran di Tebing Barat,bagi menunjukkan perpaduan antara mereka. Pegawai rasmi Fatah,Jibril Rajoub memberitahu orang ramai dengan berkata:"sebarang bentuk perpecahan telah pun berakhir...",manakala pemimpin Hamas, Mahmud Ramahi berkata : "sesiapa yang berhasrat untuk berpecah selepas hari ini adalah suatu jenayah,"
  12. Persekutuan Wartawan Antarabangsa menuntut siasatan penuh dilakukan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat "serangan yang disengajakan" oleh tentera Israel terhadap Bangunan Media bangunan di Gaza. 
  13. Satu-satunya Stadium sukan bola sepak di Gaza yang dirasmikan oleh Perdana menteri Ismail Haniyeh juga tidak terlepas daripada dibom oleh peluru berpandu Pesawat Perang Israel 
  14. Kali pertama dilaporkan Briged Mustaffa Abu Ali salah satu unit ketenteraan pertahannan Gaza berjaya menembak kem tentera Israel di sebelah Nuri Am menggunakan roket anti kereta Kebal. 
  15. Kerugian yang ditanggung tentera Zionis akibat kegagalan Iron Dome agar berfungsi sepatutnya, kini menjangkaui $ 20 000 000. Pihak media Palestin menamakan ia Paper Dome dan bukan lagi Iron Dome. 
  16. Stesyen TV 10 Israel : "Kes-kes kecurian dan rompakan berlaku dengan meluas dan banyak sekali di Utara Israel selepas penduduk dan tuan-tuan kedai lari meninggalkan rumah dan kedai mereka kerana ketakutan terhadap roket-roket serangan balas pejuang.." 
  17. TV Israel mendedahkan bahawa senjata pertahanan berteknologi tinggi, Iron Dome hanya berjaya mematahkan serangan roket HAMAS dengan nisbah tidak melebihi 54% bukannya 90% seperti yang diwar-warkan. 
  18. Timbalan Perdana Menteri Israel: "Ini adalah hari yang sukar (Israel) dan kepada orang ramai dalam setiap Zionis (Israel).."
  19. Unit Khas ketenteraan Israel Shab Beit:"Kami cuba beberapa kali untuk menembusi siaran TV Al-Aqsa tetapi kami hanya berjaya untuk mengganggunya selama satu atau dua minit.."
  20. Tentera barisan hadapan Israel: "Kami memberi peluang penyerang 15-12 saat untuk melarikan diri ke tempat perlindungan, dan ini tidak munasabah.."
  21. Tentera Israel: "Tentera perlu berhenti daripada bercakap tentang apa-apa maklumat kecuali melalui penapisan tentera. 
  22. radio Israel mengatakan serangan roket dari Briged Al-Qasam telah berjaya menghentam bandar Bersheeva 
  23. Pesawat perang Israel mensasarkan rumah seorang pemimpin Briged Izzuddin Al-Qassam; Raed Alattar. Rumah beliau dikatakan musnah teruk namun tiada kecederaan dilaporkan. 
  24. Siren keselamatan dibunyikan di Sderot, Kiryat, Maleakhi, Lagish, Hanigf, Syair, dan Ashkelon, tanda roket serangan balas pejuang telah sampai. 
  25. Israel telah menghancurkan sebanyak 25 buah masjid sejak mulanya serangan terhadap penduduk Gaza. 
  26. Salah seorang pimpinan Israel,Knesset berkata: Aku tidak menjangkakan bahawa roket qassam boleh menjangkau sehingga ke Bandar Jerussalam, dan ia jatuh berdekatan dengan rumah ku.. Aku betul- betul terkejut.. 
  27. Zionis Israel turut menyerang Bank Islam Nasional di tengah bandar Gaza. 
  28. SASARAN terbaru rejim zinonis Israel adalah di kawasan lapang @ kosong di Timur Wilayah Tengah sumber:Gaza al-an ----  Komentar dari Syamil Esa(MA Azhar Universiti) Berkemungkinan yang disasarkan itu adalah stor simpan senjata dan terowong-terowong yang ada, ia adalah musibah. Tak silap saya serangan ke tanah kosong bukan tak sengaja, tapi dirancang begitu. 
  29. Amerika Syarikat menghantar 3 buah kapal perang ke Laut Mediterranean untuk persiapan mengeluarkan rakyatnya di Israel. 
  30. Kata-kata seorang wartawan di Be'er Sheva: "Sepanjang hidup, saya tidak pernah melihat suasana yang lebih menakutkan daripada menyaksikan roket pejuang Hamas yang datang dengan 16 buah roket sekali". 
  31. Radio Israel: 2 roket pejuang dikhabarkan jatuh di Kafr Alsiyot, Israel.
  32. Di Gaza walaupun seakan berada di zon perang, namun perjalanan harian mereka tetap berjalan seperti biasa tanpa apa-apa cuti diberikan melainkan sektor Pendidikan.
  33. Unit Ketenteraan Khas Israel She Bet dikatakan dalam keadaan terdesak meminta maklumat daripada tali barutnya ydang berada dalam Gaza. Mereka dikatakan meminta maklumat baru tentang kedudukan para pejuang dan seolah-olah kekurangan makluma
    t tentang kedudukan bekalan senjata pejuang.
  34. 6 orang tali barut Israel yang didapati bersalah menyalurkan maklumat Gaza ke Israel setelah bukti yang didapati dijatuhkan hukuman bunuh dan dihadapkan di khalayak ramai.
  35. Ismail Haniyeh Perdana Menteri Palestin semalam menghubungi Khaled meshaal mengarahkan supaya berhenti daripada rundingan damai(gencatan senjata) supaya dapat memberikan syarat yang ketat yang menjamin hak rakyat gaza..


Letupan dari serangan terbaru roket Israel di Bandar Gaza
NEW YORK | MILAN | PARIS | BERLIN | SEOUL | OSLO | LONDON | CHICAGO| BRUSSELS | MANCHESTER | VIENNA| DELHI | ZAGREB 
Seluruh dunia kini bersatu padu melaungkan slogan "SAVE GAZA"
pihak israel telah mengesahkan bahawa mereka telah menyerang gaza sebanyak 1350 kali dalam tempoh 6 hari. sedangkan Gaza hanyalah 365km persegi dan mempunyai populasi hanya 1.7 million orang.
Israel Defense Forces (IDF) telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat biadab apabila mereka mengatakan serangan ke atas 'keluarga dallou' yang mengakibatkan 9 daripada ahli keluarga dallou terbunuh adalah KESILAPAN TEKNIKAL sahaja.
penduduk Yahudi yang ketakutan di bandar Ashdod apabila mendengar bunyi siren dibunyikan 
sumber berita RT,tentera Israel telah menyediakan kereta-kereta kebalnya di kawasan berhampiran sempadan Israel-Gaza, dalam persediaan untuk operasi serangan dari darat ke wilayah pantai Palestin pada 18 November 2012 
Tunduklah Kalian wahai Musuh2 Allah ! !.
 askar-askar penjenayah Israel yang di hantar untuk membantu menyerang Gaza.
Setinggi penghargaan kepada para wartawan yang sedang berjuang di Gaza...


 masjid juga menjadi sasaran zionis Israel begitu juga kanak-kanak dan orang awam yang tidak bersalah.
Rushdi Tamimi Kampung Nabi Soleh.
Tebing Barat , siang tadi.


Seorang kanak-kanak ditemui syahid dalam runtuhan.
Hari ini, 6 orang tali barut Israel yang didapati bersalah menyalurkan maklumat Gaza ke Israel setelah bukti yang didapati dijatuhkan hukuman bunuh dan dihadapkan di khalayak ramai.
Antara pengkhianat yang telah dijatuhkan hukuman bunuh sebentar tadi. Mereka berfungsi memberikan maklumat kepada israel akan kedudukan pejuang dan bekalan senjata pertahanan Gaza kepada Israel untuk dibom dengan jet perang mereka.

ketakutan Israel yang teramat sangat hasil dari serangan roket pejuang Palestin. 
Video di Israel ketika sebuah roket serangan balas pejuang membedil kawasan mereka siang tadi.


Di Pasaraya AshShuruk Gaza inilah, beberapa syahid(terkorban) dikeluarkan badannya yang hangus terbakar ditembak roket jet perang Israel siang tadi. Asy Syahid ialah Hazem Salem Sweilem Harb 53 tahun, Ketua Media briged Saraaya Al-Quds dan tiga yang lain dilaporkan cedera.


Baca Berkaitannya:

Sumber:

Post a Comment