وَقَضَيْنَآ إِلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي ٱلْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي ٱلأَرْضِ مَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوّاً كَبِيراً *
Bermaksud: Dan kami telah tetapkan terhadap Bani Israel di dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu (Bani Israel) akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar. (al-Isra' : 4)
Pihak berkuasa Hamas: "Kami menanti operasi darat tentera Israel dengan Istisyhadiyyin (PengebomSyahidLelaki) dan Istisyhadiyyat (PengebomSyahidPerempuan). |
Terdapat pelbagai Khilaf dikalangan para ulamak dalam mentafsirkan ayat ini, Namun saya lebih cenderung dengan pandangan al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi. Beliau berkata bahawa kalimah لَتُفْسِدُنَّ فِي ٱلأَرْضِ مَرَّتَيْنِ (membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali).
Pertama merujuk kepada peristiwa perang Khaibar iaitu ketika Kedatangan Muhammad, bersama dengan para sahabat yang gagah perkasa, mengalahkan mereka, lalu dihalau keluar dari Semenanjung Tanah Arab selama-lamanya hingga sekarang,.
ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ ٱلْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيراً *
Bermaksud: Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya. (al-Isra' : 6)
Kerosakan kali kedua pula seperti dalam ayat keenam di atas sedang dilakukan oleh Yahudi sekarang. Kita lihatlah bagaimana mereka menguasai dunia dengan proksi, mempunyai talibarut yang ramai walaupun bukan berbangsa Yahudi, dan kezaliman mereka terhadap penduduk Palestin.
Sememangnya bangsa Yahudi adalah bangsa yang patut dilaknat Allah s.w.t. Dalam ayat ke-61 surah al-Baqarah Allah berfirman yang bermaksud: "Mereka itu (orang Yahudi ) telah kufur dengan ayat-ayat Allah dan mereka juga membunuh Nabi-nabi utusan Allah tanpa sebab, demikian itu kerana mereka itu selalu berbuat derhaka dan melampaui batas." apakah ada dosa yang lebih besar selain membunuh para Nabi tanpa sebab ?.
Realiti Gaza.. Part II
Sabtu-Ahad (17 - 18 November 2012)
- Kapal Perang Israel sedang melakukan tembakan terhadap di tepian pantai di wilayah tengah Gaza merosakkan rumah-rumah dan di tengah Gaza pula serangan peluru berpandu berterusan.
- Salah seorang rakyat Mesir menghubungi Al-Jazeera dan meminta supaya Presiden Dr MUhammad Mursi membuka pintu Jihad untuk rakyat Mesir, dan kami akan berperang tanpa senjata !! Kemudian dia ditanya; bagaimana saudara ingin berperang tanpa senjata ? Jawapannya: Israel satu-satunya negara yang boleh diserang menggunakan balingan kasut(^_^)..
- satu peluru berpandu meletup di sebuah masjid; Masjid Arrahman di kawasan Kem Pelarian Bridge. kecederaan dilaporkan dan ambulans dihantar ke sana.
- Walaupun Israel menghantar tambahan jet-jet perang, tetap di tanah mereka siren keselamatan di bunyikan(kerana roket pejuang telah sampai di sana)
- Penjajah Israel sedang cuba memusnahkan kawasan di sekitar sempadan rafah, tempat terowong-terowong yang menghubungkan Gaza dan Mesir supaya bekalan makanan, senjata, dan peralatan keperluan lain terputus.
- serangan roket Israel mengenai Pejabat Kemeterian Palestin.
- Di sesetengah bahagian di Gaza terputus bekalan eletrik.
- 30 roket serangan balas pejuang dilancarkan sebentar tadi ke arah kawasan petempatan Israel.
- 5 orang dikhutiri tebenam dalam runtuhan bangunan di kawasan Khulafa Rashidin Bandar Gaza.
- Zionis telah melakukan serangan terbaru ke atas kawasan Shabra di Bandar Gaza.
- Pihak israel telah mengesahkan bahawa Al-Qassam telah berjaya menembak jet pejuang mereka yang membawa kepada kematian orang tentera.
- Siren nyaring berbunyi di Sderot, Ashkelon dan Hof Ashkelon (bandar Israel).
- roket pejuang menembusi pertahanan Israel dan menerjah ke bangunan bekalan eletrik dan ini menyebabkan bekalan eletrik terputus di beberapa buah tempat di Selatan Israel.
- Akhirnya Israel mengiktiraf kejayaan Pejuang Gaza ! "Stesyen televisyen Israel mengakui akan sebuah Jet perang F16 miliknya jatuh ditembak dan dua pemandunya hilang sama ada mati atau ditawan pejuang Gaza..."
- Pesawat pejuang Israel telah mengebom terowong di Rafah di sempadan Mesir-Israel, tiada kecederaan dilaporkan.
- jet pejuang milik israel telah melepaskan bom di kawasan Abu Halawa..
- Serangan terbaru Israel terhadap Rafah (sempadan Mesir-Israel) telah menyebabkan beberapa penduduk Palestin syahid dan cedera.
- Roket jenis Kadaev 5 berjaya mengenai sasaran pos kawalan ketenteraan Israel
- Hamas membalas serangan ganas dari Israel dengan 3 roket yang telah gugur di wilayah Beersheba dan 5 lagi di Ashkelon.
- Tentera israel mengesahkan 3 buah roket dilancarkan al-Qassam ke bi'ru sabe' dan 5 buah lagi ke kawasan asqolan. Serangan ini berpunca tidak lain sebagai membalas serangan tentera israel yang telah membunuh 38 orang syuhada.
- BBC melaporkan bahawa israel defense force (IDF) telah melancarkan 300 serangan udara dalam tempoh 24 jam. jika dikira, purata serangan ke gaza adalah setiap 5 minit!!!
- Kerajaan Pakistan telah mengumumkan utk mengutuk sebarang tindakan kejam tentera Rejim Zionis ke atas penduduk Gaza yg tidak berdosa dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk bersama-sama mendesak Israel agar menghentikan sebarang bentuk kezaliman terhadap Gaza.
- 39 syahid 8 syahid pada hari Rabu, 10 syahid pada hari Khamis, 12 syahid pada hari Jumaat, 9 syahid pada hari Sabtu. Bilangan ini termasuk 4 wanita, 8 orang anak, 3 orang tua. 380 mengalami kecederaan, 138 kanak-kanak, 97 perempuan, 22 warga tua.
- Mengikut apa yang dilaporkan oleh wartawan yang berada di gaza, pihak medik mengesyaki pihak israel menggunakan senjata kimia ketika menyerang penduduk gaza berikutan bau busuk dari luka-luka pada mangsa.
- Ribuan penduduk Israel mendapat pesanan ringkas sms daripada salah sebuah unit pertahanan Gaza; Saraya Al-Quds : "Kami akan jadikan Gaza kuburan buat kalian, dan Tel Aviv sebagai sebuah tempat berapi.."
- Sebuah Pejabat Majlis tempatan di Asjkol rosal teruk terkena bedilan roket pertahanan unit ketenteraan Briged Al-Qassam.
- Briged Izzuddin Al-Qassam mengumumkan berjaya melancarkan 6 biji roket jenis 107 ke segerombolan tentera Israel di kawasan Isnad Sofa.
- Unit ketenteraan Gaza, Bridged Izzuddin Al-Qassam melancarkan serangan balas ke atas kota Asduud dengan 5 biji roket jenis Grad.
- Salah sebuah unit ketenteraan Gaza; Saraya Al-Quds menyatakan bahawa mereka berjaya menggodam 5 ribu telefon tentera Israel pangkat general.
- Utara Gaza diserang dan serangan-serangan Israel dibalas tentera Gaza(Hamas) dengan 5 roket Grad sederhana ke sebelah kawasan Izzata dan 3 roket Qassam.
- Menteri Israel mengesahkan Pilihanraya Israel ditangguhkan dikhuatiri nyawa pengundi terancam dek serangan balas roket tentera Gaza dan unit-unit ketenteraan yang lain.
- wartawan isreal melaporkan bahawa mereka kini berada dalam keadaan bahaya kerana roket-roket yang dihantar oleh pejuang palestin memang di luar jangkaan mereka.
- Noam Chomsky melalui laman Twitter beliau mengenai serangan ke atas Gaza: "tiada sebarang perisai mekanikal, tiada arahan dalam kawalan, tiada angkatan tentera ... dan mereka memanggilnya perang. Ini bukan perang, ini adalah pembunuhan. " *Noam Chomsky merupakan pengkritik politik Amerika & Profesor Emeritus di Massachusetts Institute of Technology (MIT).
- beberapa Universiti di Israel akan cuti keesokannya dikhuatiri roket-roket pejuang jatuh di kawasan Universiti.
- Dr. Mithad Abbas, Pengarah Hospital Al-Shifa: "Israel terkenal dengan kecanggihan senjata yang mampu menyasarkan sasaran dengan tepat. Namun, mengapa kanak-kanak yang ramai dimasukkan ke hospital?"
- Media Israel,Haaretz melaporkan bahawa polis Israel dalam perancangan untuk mengadakan proses "pembersihan" penduduk Palestin yang menetap di kawasan tanah jajahan Israel atas alasan keselamatan.
- Liga Arab bersepakat menyokong segala usaha Mesir membela pelarian Palestin. Sokongan tersebut turut menyatakan agar semua serangan penjajah Israel ke atas Gaza hendaklah segera diberhentikan.
- Israel Defense Forces (IDF) bersetuju untuk membuka pintu sempadan Kerem Shalom bagi membenarkan penghantaran makanan dan keperluan kemanusiaan ke wilayah Gaza. Strategi apekah Ini ?.
- Presiden Mesir,Mohammed Morsi memberitahu pemberita bahawa kerajaan pimpinannya telah menghubungi kedua-dua pihak Palestina dan penjajah Israel.
- Setiusaha Agung Liga Arab, Nabil Al Arabi berkata: "Kami akan mengkaji inisiatif damai Arab yang dicadangkan sejak 2002 lalu". Satu delagasi Arab akan menuju ke Gaza tidak lama lagi.
- Perdana Menteri Israel berkata : "Jika kita tidak mampu menghentikan roket, kita mesti membuang sejarah".
- Binyamin Netanyahu telah menelefon Presiden Obama bagi menyatakan kesediaan pihak mereka untuk menghentikan peperangan ke atas Gaza, serentak itu pihak Hamas mesti menghentikan serangan roket terhadap israel... Hamas pula berkata '' Kami tidak akan menghentikan serangan roket-roket kami sehinggalah kami bebas dari pengepungan tidak berperikemanusiaan ini! ''
- Kapal perang milik israel telah mengebom kawasan pantai Gaza, Ambulans sedang berkejar ke sana sekarang... Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa penawaran perdamaian oleh Binyamin Netanyahu sebentar tadi sekadar retorik!
- Lebih daripada 15 Apache Israel berlegar-legar di atas kem pelarian Nussairat di Gaza.
- Memasuki hari ke-5 perang antara Gaza dan Israel ; Bilangan Syuhada' : 47 orang dan di antara mereka 11 orang kanak-kanak.
Briged Izzudin Al-Qassam mula menambah tentera di sempadan untuk kemungkinan jika perang darat bermula. |
Subuh bersama Gaza |
Kesan kemusnahan serangan Zionis malam tadi (waktu Gaza) terhadap bangunan Majlis Menteri di Kementerian Pertahanan Palestin. |
75,000 tentera simpanan Israel bersedia digerakkan untuk kemungkinan operasi darat. Pejuang juga punyai strategi yang tersusun menghadapi mereka yang cuba menceroboh kedaulatan Gaza. |
Imej ibu pejabat Kabinet Palestin selepas pengeboman oleh pihak Israel.. |
peluru berpandu F-16 milik Israel yg dilepaskan ke Bandar GAZA pada pagi tadi,namun,ia tidak meletup..! |
Gambar ini diambil dari atas Menara Eiffel di Perancis untuk menunjukkan lambang keprihatinan & perpaduan hati rakyat Perancis dengan penduduk Gaza yg berada dalam keadaan genting dan dizalimi. |
Seorang kanak-kanak Palestin mengutip buku-buku sekolah miliknya di celahan runtuhan rumahnya, yang dimusnahkan bom Israel awal pagi |
Beginilah 5 juta rakyat Israel tidur akibat ketakutan mereka terhdap roket pejuang |
Kapal perang israel telah menyerang pesisiran pantai barat Nusseirat secara bertali arus.. |
Kanak-kanak Gaza berdiri di atas peluru berpandu jet perang Israel F-16 yang tidak meletup. |
Video serangan Israel ke atas sempadan Rafan (Palestin-Mesir) pada awal pagi
serangan Israel Laknatullah ke atas bangunan pejabat Ketua Menteri Palestin pagi
Bercakap dari Gaza,Menteri Luar Tunisia,Rafik Abdessalem, menggesa agar Israel menghentikan serangan dan pencerobohan terhadap wilayah Palestin. "Kami berkeras untuk terus menyokong dan memberi bantuan kepada rakyat kita di Gaza,"
katanya dalam menyuarakan 'perpaduan' terhadap rakyat Palestin.
Rakaman detik-detik peluru berpandu pejuang menembusi bandar asdud
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=KSN6AsK4r3c
Video | Penduduk dan tentera Israel panik dan lari untuk menyelamatkan diri setelah beberapa buah roket meletup di angkasa Tel Aviv. :
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hMWD6k2AwrQ
Sumber
- https://www.facebook.com/amanpalestinmesir
- http://www.haluan.org.my/v5/index.php/palestin/sejarah-a-fakta/1250-kemusnahan-bangsa-yahudi-sebanyak-dua-kali-bila-dan-bagaimana