Gaza diserang lagi !.. part 1

pesanan Hamas kepada tentera israel :
" Jaga-jaga dengan gerak langkahmu, jika kalian tertidur, kami boleh sampai kepadamu...
Ketika umat islam di seluruh dunia sibuk untuk menyambut tahun baru Hijrah, umat Islam di Palestin huru-hara akibat serangan yang bertali arus oleh roket rejim Israel. Pada hari Rabu tanggal 14 November 2012, Israel telah melancarkan serangan roket besar-besaran ke bumi Gaza sejak kali terakhir melancarkan serangan sedemikian rupa pada empat tahun lalu

Berikut adalah Laporan yang dikumpulkan dari beberapa sumber yang boleh dipercayai, agar kita khususnya penduduk yang jauh dari kota gaza dapat menggambarkan suasana apa yang telah berlaku sepanjang Empat Hari peperangan antara saudara kita di Palestin, Tentera al-Qassam dan Israel.

Diberitakan bahwa serangan Israel terhadap bumi Gaza kali ini bertujuan sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya umum Israel yang semakin hampir

Ingatlah saudara sekalian Doa itu Senjata orang Mukmin, maka tidak ada apa yang boleh kita lakukan melainkan berdoa secara Istiqamah yakni dengan tidak putus-putus selain menderma membuat kerja amal atau menyebarkan kepada orang ramai apa yang berlaku di bumi Gaza dan lain-lain. Kita hanya perlu berdoa kepada saudara-saudara kita yang bermati-matian mempertahankan tanah suci Umat Islam keseluruhannya,.

Ayuh saudaraku sekalian, bersama-sama kita tadah tangan setelah sudah memberi salam tiap kali menyelesaikan solat lima waktu, jika tidak keberatan marilah kita panjangkan solat kita dengan sertakan Doa kunut Nazilah bersamanya.

Rabu - Sabtu (15-17November)
  1. Sebuah jet pejuang Israel telah berjaya ditumbangkan oleh pejuang al-Qassam.
  2. Perkarangan rumah Ismael Haniyyah diserang.
  3. Hamas dikatakan berjaya mensasarkan roketnya jauh ke dalam Tel Rabi' manakala salah satu roketnya dikatakan tepat mengenai jet pejuang milik Israel ketika jet tersebut sedang melakukan serangan di Timur gaza.
  4. Presiden Dr Muhammad Mursi menghantar Perdana Menteri Dr Hisham Qandil bagi meninjau suasana di Gaza, dan sebahagian barisan menteri kabinet dijadualkan ke Gaza esok(Jumaat).
  5. Sempadan Mesir Rafah Gaza pula diarahkan dibuka 24 jam bagi menerima pesakit-pesakit akibat serangan Israel. Unit keselamatan "Sooiqah" Mesir (Gerak Khas) dalam keadaan bersedia menerima apa-apa arahan misi.
  6. Di Tel Aviv, dilaporkan hampir 2.5 juta rakyat Tel Aviv sedang berlindung di bawah tanah dan di dalam terowong-terowong keselamatan berlindung daripada serangan balas roket-roket pejuang Israel.
  7. 530 buah roket dan mortar dilancarkan ke arah bandar-bandar Israel. 1 buah pesawat pengintip Israel ditembak jatuh. 3 buah roket atau lebih jatuh di Ibu negara Israel Tel Aviv. 
  8. Pelabuhan Nelayan Gaza menjadi sasaran peluru-peluru jet Israel ketika ini.
  9. Israel cuba mengganggu dan merosakkan tallian perhubungan di Gaza.
  10. Israel diberitakan telah menempatkan beberapa buah pasukan kereta kebal di sempadan Gaza untuk operasi darat, Dilihat paling kurang 12 truck membawa Kereta kebal sedang tersusun di sempadan Gaza Israel dan dua bas membawa tentera dilihat juga sekitar sempadan.
  11. Perdana Menteri Mesir sedang mengadakan lawatan ke dalam Gaza bertemu Ismail Haniyah. Israel menghentikan sementara serangan kerana lawatan ini.
  12. 9 30 pagi waktu Gaza, Qassam melancarkan 43 Roket serangan ke 4 kawasan Israel.
  13. Al-Qassam dikhabarkan berjaya menembak tepat sebuah jip Israel berdekatan sempadan.
  14. Hanya seketika, pengeboman hanya di berhentikan di sekitar kawasan Dr Hisham Qandil berada, di kawasan lain seperti rafah di bom.
  15. 2 tentera Israel dikhabarkan paling kurang terkorban dalam serangan Qassam terhdap Jip sebentar tadi.
  16. 5 roket sampai ke Wilayah Assduud, Israel serangan balas terhadap serangan-serangan peluru berpandu israel ke atas Gaza.
  17. Tentera penjajah Israel menutup Masjid al-Aqsa di Tebing Barat dan menghalang para jemaah untuk solat Jumaat.
  18. Al-Qassam telah berjaya melancarkan roket ke Parlimen Israel buat kali pertama dalam sejarah. mungkin inilah maksud kata-kata Abu Muhammad sebelum pemergiannya ' Aku telah menyediakan tentera yang kuat dan ia adalah penyejuk mataku dan aku bersedia untuk berjumpa tuhanku dalam keadaan Tuhanku redha terhadap aku '.. Jarak antara Gaza dan Parlimen Israel adalah sejauh 77.09km
  19. Tiga pesawat tentera Mesir membawa 50 tan ubat-ubatan ke Gaza.
  20. Briged Syahid Abu Ali Mustafa, mengatakan berjaya melancarkan 73 roket serangan balas ke arah Israel dan beberapa roket hawn.
  21. Pejuang Palestin Al-Qassam berjaya menembak jatuh sebuah jet Pejuang dengan roket dan sekarang Israel cuba menghalang mereka untuk menuju ke tempat ia terhempas. jet-jet pejuang Israel yang lain menyerang dengan bertali arus.
  22. 3 letupan terakhir di Gaza akibat peluru berpandu Israel dikatakan hanya meletup di tanah-tanah kosong.
  23. Pejuang Al-Qassam berjaya menjatuhkan roket berhampiran rumah Menteri Luar Israel, Haifa Israel, juga menerima serangan balas roket Hamas dikhabarkan jatuh di jalanan,namun cukup menggerunkan penduduk setempat.
  24. Terdapat serangan roket Hamas yg dapat hampir sampai ke lokasi strategik...JERUSALEM !!!
  25. TV Israel memaklumkan 2 kecederaan dan kemusnahan sebuah kilang di bandar Be'er Sheva akibat Roket Qassams.
  26. Dua Israel Zionis memaklumkan serangan pejuang mengenai kapal perang Zionis Aasthdav pada hari pertama operasi di luar pantai Gaza City.
  27. Bedilan bertali arus dilaporkan ke atas Khan Younis berdekatan Kem Pelarian Palestin.
  28. Di semua Hospital Israel dilaporkan mencapai tahap kecemasan tertinggi menerima kedatangan kecederaan akibat serangan balas roket pejuang.
  29. Siren telah dibunyikan di penempatan Yahudi Ofra, timur laut Ramallah. menandakan  Israel berada dalam keadaan DARURAT ......!!! "
  30. Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan, Ehud Barak telah melarikan diri ke dalam bilik perlindungan bawah tanah selepas mendengar siren amaran di Jerusalem. 
  31. Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dikatakan menghubungi Obama supaya mengenakan tekanan ke atas Mesir dan masuk campur dalam konflik yang berlaku.
  32. dilaporkan bahawa terjadi pengeboman di kawasan Al-Weheidi dan di timur Khan Yunis di Bandar Gaza...,namun Alhamdulillah...tidak ada yg terkorban
  33. Peluru berpandu Israel jatuh di belakang salah sebuah sekolah rendah di Beit Lahiya, Utara Semenanjung Gaza. Alhamdulillah tiada apa-apa kecederaan mahupun kematian dilaporkan.
  34. serangan Israel dilakukan terhadap Bukit Raais dan di belakang Sekolah di Hay Zaitun di sebelah timur Gaza. Beberapa kecederaan dilaporkan dan dihantar ke hospital.
  35. TV Al-Aqsa : Bekas Timbalan Ketua Perisikan Dalaman Israel berkata Kerajaan Netanyahu menyesali pembunuhan Abu Muhammad Al-Jaabari
  36. Sebuah kereta berdekatan Hospital Al-Aqsa di Deir Balah menjadi sasaran Israel bagi menghalang mangsa serangan sampai ke hospital bagi mendapatkan rawatan
  37. Hanya 5% sahaja pejuang Al-Qassam yang terlibat dalam mempertahankan Gaza. Masih ada 95% pejuang dalam simpanan.
  38. Youev Mardakhei : "Kami sudah memusnahkan kilang pusat kajian bagi membangunkan Pesawat tanpa pemandu milik Briged Izzuddin Al-Qassam.."
  39. Bangunan Kementerian Dalam Negeri Gaza, Palestin diserang 2 roket Israel
  40. Israel seperti yang dilaporkan TV Hamas menyatakan bahawa mereka gagal mengebom gudang persenjataan pembuatan roket Hamas kerana ia terletak di bawah tanah.."
  41. Briged Al-Qassam berjaya menembak sekumpulan besar tentera Israel di sempadan Timur di Kem Tentera Bridge dan Hajr Deak dengan 7 roket Teraz 107, manakala Briged Saraya Al-Quds melancarkan 3 roket Grad ke Beir Saabi'e
  42. Lapangan Terbang Israel dipenuhi pelancong-pelancong dan mereka yang ingin lari dari Israel.
  43. Iron Dome, salah satu teknologi yang dibanggakan Israel. Dikatakan dapat memintas roket yang datang dari jarak 4-70 KM Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya di mana banyak roket dari Mujahidin Palestin mengena sasarannya.
  44. Kabinet Zionis telah meluluskan kerahan tentera simpanan seramai 75 000 orang. Keputusan itu dicapai dalam sesi mesyuarat empat jam,bersama menteri tertinggi di bandar Tel Aviv.
  45. Kerajaan Israel semakin terdesak. Sumber dari TV Israel : Kabinet Netanyahu memanggil 75 000 tentera simpanan Israel bagi meningkatkan serangan terhadap Gaza. Sedangkan maklumat rasmi dari Briged Al-Qassam : Kami baru menggunakan 5% dari kekuatan kami.
  46. Serangan hackers secara besar-besaran terhadap laman web penting milik Israel. semua terpampang gambar pejuang HAMAS dan As-syahid Jaabari! 
  47. kapal Perang Israel sedang melakukan tembakan terhadap tepian pantai di wilayah tengah Gaza.
  48.  Setakat Ini Laporan yang diterima pada serangan hingga ke hari sabtu : 

  • 724 serangan dibuat Israel ke atas Gaza. 
  • 211 roket Qassam membuat serangan balas ke Israel. 
  • 29 kematian dicatatkan di Gaza. 
  • 280 kecederaan dilaporkan.

    Dalam serangan Israel, Ketua Umum Batalion Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera HAMAS, Ahmed Al-Jaabari telah terbunuh. Keretanya hancur, hangus, namun senaskhah Al Quran dalam keretanya cuma terbakar sedikit sahaja.
Beberapa kumpulan pejuang Palestin mendakwa berjaya menangkap beberapa pengkhianat tali barut yang berfungsi memberikan maklumat kepada Israel.
 pertempuran melibatkan orang awam Palestin Tebing Barat dan tentera Israel.
Sebahagian rakyat Mesir sedang berdemontrasi mengutuk serangan israel di tengah malam di Kafr Saad.
Demontrasi di Bursa,Turki membantah serangan Israel terhdap Gaza.

Tentera Israel yang sedang berlindung daripada roket pejuang Palestin.
gambar tentera Israel(perempuan) yang ketakutan bila roket pejuang menerjah ke halaman mereka di Tel Rabie'
antara tempat-tempat yang diserang balas oleh roket-roket Briged Al-Qassam antaranya ibu negara Israel, Tel Aviv.
Antara kesan serangan roket Qassam dalam Israel.
di sebuah hospital di Gaza
Laporan menyebut bahawa pejuang dapat menawan dua orang tentera udara yang terjun dari pesawat yang jatuh sebentar tadi.
Rakyat Palestin tidak selamanya berduka, Masjid-masjid sang pejuang bergema dengan takbir tnada kesyukuran jet yang menyerang mereka akhirnya dapat dijatuhkan.

Detik detik roket jatuh di kawasan Israel di utara Israel Jurusalem.

Mungkin ini bayangan bagaimana roket pejuang menembusi Tel Aviv !!

Serangan balas pejuang terhdap Israel memakan nyawa 2 orang tentera Israel setelah Jip yang dinaiki mereka tepat ditembak Briged Izzuddin Al-Qassam.

Bace Selanjutnya:
  • https://www.facebook.com/amanpalestinmesir?fref=ts
  • al-Qassam Media http://www.qassam.ps/

Post a Comment