5 Langkah ke Arah Perubahan Akhlaq [HENSHIN !]

بسم الله الرحمن الرحيم
“Siapakah orang yang paling dicintai oleh Allah?. Rasulullah s.a.w menjawab: Orang yang paling baik akhlaknya.”

"Sesungguhnya orang yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling hampir tempat duduknya dengan aku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan sesungguhnya orang yang paling tidak aku sukai dan paling jauh tempat duduknya dari aku pada Hari Kiamat adalah orang yang banyak berbicara, bermulut besar dan sombong.

Saudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian, kadang-kadang pasti ada satu dosa yang memang berat sangat atau susah sangat untuk ditinggalkan. Mungkin kerana kita terselalu mengamalkannya atau dosa ini sudah menjadi biasa buat kita hingga merasakan ianya bukanlah lagi suatu dosa atau juga mungkin kerana environment (keadaan persekitaran) masyarakat yang selalu buat kita jadi rasa tidak bersalah...


Saya akan memberikan contoh, supaya saudara-saudari lebih mudah untuk memahaminya:
1) Hisap Rokok (bagi lelaki),
2) Dedah Aurat (bagi perempuan).

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian kerana Allah Taala, saya ada satu tips yang insyaAllah boleh membuatkan anda tinggalkan dosa tersebut, dan ini terbukti daripada testimoni yang saya dapat daripada saya sendiri dan ianya alHamdulillah berhasil :')

أولا ) Niat yang Betul. 
Sekiranya anda ingin ubah dosa itu contohnya hisap rokok atau dedah aurat disebabkan lelaki atau kekasih anda yang suruh atau sebagainya. Saya jamin, perubahan anda itu tidak akan bertahan lama. Mungkin Seminggu ? 2Minggu ?..

ثانيا ) Azam yang Kuat. 
Anda kena ada Azam yang kuat selepas niat anda sudah lurus, Apa guna azam yang Kuat nih ?. Bila anda sudah menimbulkan azam yang Kuat, walau seribu macam jenis manusiapun yang caci, maki anda (disebabkan perubahan anda) anda pasti boleh hadapinya. Ini kerana anda sudah ada Halatuju (Niat anda), anda tahu kenapa anda berubah. Anda yakin dengan Perubahan itu. Dan anda tahu apa yang anda akan dapat bila anda Berubah.. 

ثالثا ) Hubungan dengan Allah. 
Ini yang paling penting bagi saya, kita hidup ini dibawah ketentuan Allah. Tuhan tahu yang terbaik buat kita, dan Dia telah susunkan yang terbaik buat kita. Jadi buat apa masih takut dengan pandangan manusia yang tidak ke mana. Pernah seseorang menegur saya ketika berada di zaman keanak-anakan,: 'Buatlah perangai sebengong manapun, yang penting jangan tinggal solat." أو كما قال Dan itulah perkara yang paling saya jaga hingga ke hari ini, alHamdulillah.

رابعا ) Perubahan mengikut STEP. 
Dalam hidup ini ada Peraturan alam yang anda kena ikut, contohnya anda ingin masuk ke sebuah universiti, malangnya pelajaran anda hanya sampai ke tahap PMR dan tidak menepati ciri-ciri kelayakan yang diminta oleh kebanyakan universiti di Malaysia ini iaitu sijil SPM. Mane boleh macam itu, senang-senang sahaje nanti anda kena reject. macam itu juga dengan perubahan ini, anda kena ada step-step dia. Dari hisap rokok, gantikan dgn kunyah swinggum atau dari pakai baju ketat-ketat, ganti dengan pakaian t-shirt labuh atau apa-apa kan.. janganlah dari hisap rokok terus gigit kayu sugi (boleh je sebenarnya) atau dari pakai ketat-ketat terus ke jubah tutup seluruh badan kan,.. Bukan apa, saya takut perubahan anda tu hanya akan jadi hangat-hangat tahi monyet sahaja.

خامسا ) Bi'ah Solehah (persekitaran yang baik). 
'Biah Solehah' ini termasuklah Mencari Rakan yang Baik. Bila Niat anda sudah betul, azam pun sudah Kuat, Hubungan pun sudah ok, Step pun anda sudah buat. First sekali anda kena buat ialah cari rakan yang soleh atau solehah. Penting sangat ke cari rakan yang soleh ini ?. Saudara, di Dunia ini, kita hidup bukan sesama manusia sahaja. Setan, Nafsu pun nak hidup juga. Kalau anda tiada rakan yang boleh bimbing anda (rakan yang soleh), boleh tegur anda, anytime sahaja bro. Dosa lama anda mgkn anda akan ulangi..

وأخرا ) Tambahlah kalau rasa benda itu boleh menyokong anda ke arah mempertinggikan akhlaq anda. ^_^ 

Akhir kata 
Sudah tentulah peringatan ini pertamanya buat diriku yang sering lupa juga buat rakan-rakan ku yang sangat aku Kasihi dan CINTAi kerana Allah Taala :')

Post a Comment