Pilih Pasangan Hidup



يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍۢ وَٰحِدَةٍۢ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًۭا كَثِيرًۭا وَنِسَآءًۭ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ٱلَّذِى تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًۭا 
“Wahai manusia, bertaqwalah kamu sekalian kepada Tuhanmu yang telah menjadikan kamu satu diri, lalu Ia jadikan daripadanya jodohnya, kemudian Dia kembangbiakkan menjadi laki-laki dan perempuan yang banyak sekali.” (an-Nisaa: 1).

وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَٰجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةًۭ وَرَزَقَكُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ ۚ أَفَبِٱلْبَٰطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ ٱللَّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ
‘Bagi kalian Allah menciptakan pasangan-pasangan (istri-istri) dari jenis kalian sendiri, kemudian dari istri-istri kalian itu Dia ciptakan bagi kalian anak cucu keturunan, dan kepada kalian Dia berikan rezeki yang baik-baik.” (an-Nahl: 72).

Aha !..
Tadi saya baru lepas tengok drama tv9, cite pasal Cinta. Lawak Betul..
Actually saya tengah makan malam tadi. Macam biasalah, biasanya saya kalau makan tanpa berteman, memang suka makan sambil bertemankan tv. Kebetulan chanel yang dibuka menayangkan kisah drama cinta.

Ok, bila nak cerita pasal cinta ni, akhir sekali pasti akan sentuh bab jodoh. Betul ?. 
ha, cerita cinta yang saya tonton tadi berkisahkan mengenai seorang lelaki yang ingin berkahwin dengan perempuan pilihan hatinya tapi hajatnya tidak berkesampaian dek kerana ibunya tidak merestui percintaan tersebut kerana beliau (ibunya) punya calon isteri yang lain.

Melihat pada Dunia Realiti Hari ini, ramai pasangan yg telah berkahwin kebanyakannya menghadapi masaalah rumah tangga yang berpanjangan. Ini kerana proses perkahwinan mereka, tidak sesuai atau selari mengikut sunnah dan tuntutan syariat Islam. 

Contohnya seperti berkahwin secara paksaan, terpaksa atau memaksa. Adapun mereka yang berkahwin secara suka sama suka namun ianya hanya kerana mengikut hawa Nafsu, seperti menilai dengan paras rupa, harta benda, pangkat darjat semata-semata dan sebagainya. Mereka inilah punca kepada peningkatan peratusan kadar kemalangan masaalah rumah tangga berpanjangan ini. >.<

Rasulullah s.a.w mengajar kita bagaimana cara memilih teman hidup. Sabdanya:
"Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, 
1) Hartanya
2) Keturunannya 
3) Kecantikan 
4) Agamanya. 
Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat". أو كما قال

Bermakna dalam memilih peneman hidup ini kita di Ajar Rasulullah apabila pilihan kita bertemu dgn 4 perkara diatas, maka pilihlah yang lebih tinggi Agamanya. 

Tetapi kalau anda sudah dapat 1 pakej, yang Tinggi Agamanya, baik pula keturunannya, ditambah pula cantik paras rupanya, kemudian harta bendanya pula berlimpah-ruah cukup sampai ke 7 keturunan. Ha ambik sajalah Pakej lengkap tu, itu namenya rezeki. ahaha.

Allah berFirman yg bermaksud:
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik....." الى أخر أيات (an-Nur: 26)

Jadi, untuk beroleh seorang teman Hidup yg cukup pakej seperti diatas, jadilah sprt seorg yang Tinggi Agamanya, baik pula keturunannya, ditambah pula macho paras rupanya, kemudian harta bendanya pula berlimpah-ruah cukup sampai ke 7 keturunan. :p hahaha.. Mampukah anda ?. 

Pada saya, apabila saya ingin membuat suatu dosa atau terbuat suatu dosa atau sedang buat sesuatu dosa (yang sedar) saya akan segera mengucap Astaghfirullah dan berfikir tentang keturunanku.

Adakah suatu hari nanti aku ingin melahirkan seorang anak yang kelak akan mengulangi dosa yang pernah aku buat kerna aku lalai dengan dunia ini ?. Adakah aku ingin suatu hari nnti melahirkan anak muda yang hidupnya dibenci oleh Allah s.w.t ?. Adakah suatu hari nnt kelak aku ingin melahirkan seorg yg apabila mati masanya dihabiskan bersama ahli-ahli penduduk Neraka ?. lalu meninggalkan dosa tersebut dengan segera.

Jadi, untuk Melahirkan seorang Anak yang Hidupnya hanya untuk Allah, amal baktinya hanya untuk Allah, Matinya juga hanya untuk Allah aku kenalah pastikan Anak ini (keturunan aku) datang daripada "Sumber" yang Bersih. Akhlaq yg Bersih, Ilmu Agama yang Mantap dan sebagainya. 

Mencari "sumber" (Isteri) yang Bersih Akhlaq yg Tinggi, Ilmu Agama yang Mantap dan sebagainya ini memerlukan persiapan diri yang secukupnya. Untuk merealisasikan semua iitu, Tidak boleh tidak Aku kena mulakan dengan Diri sendiri ..^_^

Akhir Kata:
Sudah tentulah peringatan ini pertamanya buat diriku yg sering lupa
juga buat rakan-rakan ku yang sangat aku Kasihi dan CINTAi kerana Allah Taala :')

Post a Comment