Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufail


Ya Allah! Jika Dikau menghalangku daripada kebaikan ini, maka janganlah pula Dikau menghalang anakku Sa’id daripadanya. 
[Doa Zaid, iaitu ayah Sa’id

Zaid bin ‘Amru bin Nufail berdiri jauh daripada kesesakan orang ramai, sambil memerhatikan orang Quraisy yang sedang menyambut salah satu hari perayaan mereka. Dia melihat golongan lelaki memakia serban sutera yang mahal. Mereka berlagak dengan baju jubah Yaman yang mahal. Manakala golongan wanita dan kanak-kanak pula memakai pakaian yang berseri-seri dan perhiasan yang cantik-cantik. Beliau juga melihat binatang ternakan yang dibawa oleh golongan yang berada. Mereka memakaikan binatang iu dengan perbagai perhiasan, untuk disembelih di hadapan mereka. 


Beliau bangun sambil menyandarkan belakangnya ke dinding Ka’bah sambil berkata: “Wahau sekalian kaum Quraisy !. Biri-biri ini dijadikan oleh Allah. Dialah yang menurunkan hujan dari langit, maka biri-biri ini meminumnya sehingga hilang dahaga. Dialah yang menumbuhkan rumput sehingga biri-biri ini dapat makan sehingga kenyang. Kemudian kamu menyembelihnya atas nama selain Allah. Sesungguhnya aku berpandangan kamu semua adalah kaum yang jahil !.” 

Bapa saudaranya al-Khattab, lantas bangun dan menempelengnya. Al-Khattab mengherdik: “Celaka kamu !. Kami selalu dengar kamu mengungkapkan kata-kata bodoh ini. Kami tetap bersabar. Tapi kesabaran kami ada batasnya.” 

Kemudian al-Khattab memperdaya golongan bodoh untuk mennyakiti Zaid. Mereka tidak henti-henti menyakitinya sehingga beliau terpaksa meninggalkan Mekah dan berlindung di bukit Hira’. Al-Khattab juga menugaskan sekumpulan pemuda Quraisy untuk mengawal dan menghalang beliau daripada memasuki Mekah. Zaid hanya boleh memasuki Mekah secara sembunyi-sembunyi. 

Mencari agama Nabi Ibrahim
Pada suatu ketika, Zaid bin Amru bin Nufail berkumpul bersama Waraqah bin Naufal, Abdullah bin Jahsy, Utsman bin al-Harits dan Umamah binti ‘Abdul Muthalib, emak saudara Rasulullah s.a.w. Mereka berkumpul tanpa disedari oleh orang Quraisy. Mereka berbincang mengenai kesesatan yang berleluasa di kalangan orang Arab. 

Kata Zaid kepada sahabat-sahabatnya: “Demi Allah, sesungguhnya kamu semua mengetahui bahawa kaum kamu tidak berada di atas agama yang sebenar. Mereka telah tersilap dan melanggari agama Ibrahim. Carilah agama untuk kamu anuti jika kamu ingin mencari keselamatan.” 

Empat orang lelaki ini segera bertemu dengan pendeta-pendeta Yahudi, Nasrani dan tokoh agama yang lain. Mereka mencari agama Hanif, agama nabi Ibrahim yang terdapat dikalangan agama-agama tersebut. Hasilnya, Waraqah bin Nufail memeluk agam Nasrani. Sementara ‘Abdullah bin Jahsy dan ‘Utsman bin al-Harits masih belum mencapai apa-apa. Manakala Zaid bin ’Amru bin Nufail pula mempunyai cerita yang tersendiri. 

Zaid berkata: “Saya meneliti agama Yahudi dan Nasrani, tetapi saya tidak boleh menerima kedua-duanya. Ini kerana, saya tidak menemui di dalamnya perkara yang menenangkan jiwa saya. Saya terus menjelajah ke sana sini mencari agama Ibrahim sehingga sampai di negeri Syam. Saya diberitahuu berkenaan seorang rahib yang memiliki ilmu daripada kitab terdahulu. Tanpa berlengah lagi, saya bergegas menemui beliau dan menceritakan mengenai diri saya. 

Setelah mendengar cerita saya, rahib itu berkata: “Wahai saudara dari Mekah, aku lihat kamu mencari agam Ibrahim.” 

“Ya, itulah yang aku cari.” Akur saya. 

Dia berkata kembali: “Sesungguhnya kamu mencari agama yang tidak ada sekarang. Tetapi baliklah ke negeri kamu. Sesungguhnya Allah s.w.t akan membangkitkan daripada kaum kamu, orang yang akan memperbaharui agama Ibrahim. Jika kamu menemuinya, beriltizamlah dengannya.” 

Kematian  Zaid bin ‘Amru bin Nufail
Mendengar penjelasan itu, Zaid terus berangkat pulang ke Mekah. Beliau mempercepatkan langkahnya demi mencari Nabi yang dijanjikan. Ketika dalam perjalanan, Allah s.w.t telah mengutuskan Nabi-Nya, Muhammad s.a.w dengan agama yang membawa petunjuk dan kebenaran. Tetapi malangnya, Zaid tidak sempat menemui Nabi. Ini kerana sekumpulan Arab badwi menyerang dan membunuh beliau sebelum sempat sampai ke kota Mekah. Dua matanya inginn sekali untuk melihat Rasulullah s.a.w. 

Namun semasa Zaid menghembuskan nafas terakhirnya, beliau mengangkat matanya ke langit seraya berdoa: “Ya Allah! Jika Dikau menghalangku daripada kebaikan ini, maka janganlah pula Dikau menghalang anakku Sa’id daripadanya.” 

Keislaman Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufail
Dengan kehendak Allah doa Zaid dimakbulkan. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w mula menyeru manusia kepada Islam, Sa’id bin Zaid adalah antara orang yang mula-mula beriman dengan Allah dan membenarkan risalah Nabi-Nya. Tidak hairan, kerana Sa’id telah membesar dalam sebuah keluarga yang menolak kesesatan yang dilakukan oleh Quraisy. Beliau juga di didik dalam pangkuan ayah yang sepanjang hayatnya mencari kebenaran. Sa’id tidak memeluk Islam seorang diri. Isteri beliau, Fatimah al-Khattab yang juga adik perempuan Umar al-Khattab, turut memeluk Islam. 

Pemuda Quraisy ini menerima siksaan dahsyat daripada kaumnya yang selayaknya menggugat pegangan agam beliau. Namun kaum Quraisy ternyata tidak mampu menghalang beliau daripada agamanya. Bahkan sebaliknya, beliau dan isterinya berjaya menarik keluar seorang lelaki yang paling merbahaya dikalangan mereka. Mereka berdua menjadi sebab kepada keislaman Umar al-Khattab. 

Sa’id bin Zaid menggunakan segala tenaga mudanya untuk member khidmat kepada Islam. Ini kerana sewaktu beliau memeluk Islam, umurnya belum melebihi 20 tahun. Beliau menyertai kesemua peperangan bersama Rasulullah melainkan peperangan Badar kerana melaksanakan tugas lain yang diberikan Nabi s.a.w. 

Beliau juga turut memberi saham dalam menawan takhta Kisra dan menjatuhkan kerajaan Kisra. Dalam setiap peperangan yang dilakukan oleh orang Islam, beliau mempunyai peristiwa hebat yang diperakui dan jasa yang mulia lagi terpuji. Boleh jadi kepahlawanan beliau yang peling menarik ialah peperangan Yarmuk. 

Kesungguhan Sa'id dalam Peperangan
Sai’d menceritakan: “Pada peperangan Yarmuk, bilangan kami seramai lebih kurang 24 ribu orang. Manakala tentera Rom yang keluar dengan bilangan 120 ribu tentera. Mereka mara ke arah kami dengan pergerakan yang dahsyat. Mereka seolah-olah bukit-bukau yang digerakkan oleh tangan-tangan tersembunyi. Golongan Uskup, Patriarch dan paderi (pastor) berjalan di hadapan sambil membawa salib. Mereka membaca doa dengan suara yang nyaring diikuti oleh tentera-tentera di belakang. Gegak gempita suara mereka seperti sua guruh. 

Apabila tentera Islam melihat keadaan bilangan bala tentera Rom yang banyak itu, sedikit sebanyak menggerunkan mereka dan hati mereka mula berbaur sedikit ketakutan. Pada saat itulah Abu ‘Ubaidah meniupkan semangat tentera Islam. Beliau berkata: “Wahai hamba-hamba Allah, tolonglah Allah, Allah akan menolong kamu dan menetapkan kaki-kaki (langkah atau kedudukan) kamu. 

Wahai hamba-hamba Allah, bersabarlah kamu, sesungguhnya kesabaran merupakan penyelamat daripada kekufuran, sumber keredhaan Allah dan penolak ditimpa malu. Halakan tombak dan berlindunglah dengan perisai. Hendaklah kamu diam dan berzikirkepada Allah di dalam diri kamu, sehingga aku mengeluarkan perintah kepada kamu.” 

Pada ketika itu, seorang lelaki dari barisan tentera Islam keluar seraya berkata kepada Abu ‘Ubaidah: “Sesungguhnya aku berazam untuk menamatkan urusanku sekarang, adakah kamu ada apa-apa pesanan untuk diutuskan kepada Rasulullah s.a.w (di alam Ruh nanti) ?..” 

Abu ‘Ubaidah menjawab tegas dan penuh yakin: “Ya, sampaikan salamku dan orang Islam kepada Baginda. Katakan juga kepada Baginda: ‘Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami dapati apa yang kau telah janjikan kepada kami adalah benar.’” 

Mendengar sahaja kata-kata lelaki itu serta melihat beliau pedangnya untuk bertemu musuh Allah, saya (Sa’id bin Zaid) terus berlompat ke bumi dan berlutut. Saya menghunus tombak dan menikam pahlawan musuh pertama yang meluru ke arah kami. Saya kemudiannya menerkam ke arah musuh. Allah s.w.t telah mencabut semua perasaan takut dari hati saya. Dengan itu, tentera Islam mula mengamuk ke arah musuh. Mereka terus memerangi tentera musuh sehinggalah Allah mencatatkan kemenangan kepada orang-orang beriman.” 

Dilantik Menjadi Gabenor Damsyik
Sa’id bin Zaid juga turut menyertai peperangan membuka Damsyik. Apabila orang Islam mendapat kemenangan dan Damsyik tunduk kepada hukum Islam, Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah melantik Sa’id bin Zaid sebagai gabenor di situ. Dengan itu, beliau merupakan orang Islam pertama yang memegang urusan pemerintahan di kota itu. 

Fitnah Terhadap Sa’id bin Zaid bin ‘Amru bin Nufail
Pada zaman Bani Umayyah, berlaku satu peristiwa menggemparkan kepada Sa’id bin Zaid. Peristiwa ini kemudiannya terus menjadi bahan sebutan dan topic perbualan orang Yatsrib untuk tempoh yang panjang. Peristiwa yang dimaksudkan itu ialah Arwa binti Uwais mendakwa Sa’id bin Zaid merampas sebahagian daripada tanahnya. Arwa selalu mengheboh-hebohkan perkara itu kepada masyarakat Islam. Bukan setakat itu, Arwa kemudiannya membawa kes ini kepada Marwan bin al-Hakam, gabenor di Madinah. 

Dengan itu Marwan menghantar pegawainya untuk bercakap dengan Sa’id mengenai hal ini. Perkara ini amat tidak menyenangkan sahabat Nabi s.a.w ini. Tidak sangka ada pihak yang sanggup menuduhnya sedemikian. Beliau lantas berkata: “Mereka berpandangan saya menzalimi wanita itu !. Bagaimana saya boleh menzaliminya !. Sedangkan saya telah mendenga Rasulullah bersabda: ‘Sesiapa yang berlaku zalim pada sejengkal tanah, ia akan dikalungkan di lehernya dengan tujuh lapis bumi pada hari kiamat.’ 

Beliau pun berdoa: “Ya Allah, wanita itu mendakwa saya menzaliminya. Jika dia berdusta, butakanlah matanya dan campakkanlah dia ke dalam perigi yang dijadikannya perebutan dengan saya. Zahirkanlah cahaya bukti yang menjelaskan hak milik saya. Cahaya yang membuktikan kepada orang Islam bahwa saya tidak menzaliminya.” 

Tidak lama kemudian, sebuah lembah Madinah, al-Aqiq melimpahkan air bah. Tidak pernah berlaku banjir seumpamanya sebelum itu. Air bah itu, telah mendedahkan sempadan tanah yang dipersilihkan tersebut. Dengan itu, jelaslah kepada masyarakat Islam bahawa Sa’id adalah benar. Sebulan selepas itu, wanita itu menjadi buta. Pada suatu ketika, ketika dia berjalan-jalan di tanah yang diprsilihkan itu, dia terjatuh ke dalam perigi. 

‘Abdullah bin Umar menceritakan: “Ketika kami masih kanak-kanak, kami selalu mendengar orang menyumpah orang lain. Semoga Allah membutakan kamu sebagaimana Allah telah membutakan Arwa.”

Post a Comment